Mahathir kini bukan lagi Ultra Malay.., tapi Ultra DAP.

27/01/2017 – Jika dahulu bekas Perdana Menteri selama 22 tahun memerintah negara ini dikenali sebagai Ultra Melayu kerana prinsipnya yang sangat kuat memperjuangkan nasib bangsa melayu, kini Mahathir nampaknya sudah berubah 100 peratus.

Bermula dari keluar daripada parti UMNO Baru yang diasaskannya, Mahathir dilihat lebih selesa bergelumang didalam kandang pembangkang apabila menubuhkan parti baru iaitu Bersatu.

Tambah memeritkan penyokong-penyokongnya yang sejak sekian lama beranggapan Mahathir sebagai pejuang melayu tulen, Mahathir berkerjasama pula dengan Lim Kit Siang yang selama 22 tahun menjadi musuh politiknya.

Jika dahulu Lik Kit Siang dicerca dengan pelbagai ayat-ayat pedih, kini Mahathir tanpa segan silu duduk semeja dengan pemimpin politik pembangkang tersebut bagi menggulingkan kerajaan Malaysia yang sedia ada.

Semua ini membuktikan tiada siapa pun yang mampu meramalkan nafsu buas politik Mahathir biarpun beliau kini sudah berusia lanjut. Ternyata usia tua tak mampu menghalang kerakusan nafsu Mahathir untuk berpolitik.

Didalam perutusan Tahun Baru Cina nya, Mahathir menegaskan dirinya bukanlah anti Cina seperti yang banyak pihak dakwa sebelum ini. Mahathir menganggap itu semua fitnah sahaja.

Mahathir juga mendakwa ada label anti cina yang digelarkan kepada dirinya adalah hasil usaha pihak-pihak tertentu yang mempunyai agenda politik jahat didalam negara.

“Saya tidak anti-Cina. Saya pro-rakyat dan Malaysia yang berbilang kaum.” Ujar beliau.

Selain itu, Mahathir juga menentang kehadiran warganegara China yang mahu melabur dan juga menetap di negara ini. Menurut Mahathir, ianya dianggap penghijrahan besar-besaran seperti yang berlaku di Johor.

Mahathir juga menolak penjualan tanah kepada warganegara asing yang didakwanya mahu membina bandar dan juga menjadikan negara ini milik kekal mereka.

“Saya menentang penghijrahan besar-besaran dari mana-mana negara. Mana ada negara yang benarkan penghijrahan besar-besaran. Menjual tanah kepada orang asing supaya mereka boleh bina bandar untuk orang asing bukan FDI.” kata Mahathir didalam perutusan tersebut. – Utaranews.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *