Mahathir Mahu Rosakkan Reputasi Dan Ekonomi Negara Kerana Dendam

19/1/2017– Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Md Shukri Shuib menyifatkan kenyataan dikeluarkan bekas Perdana Menetri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu Forest City mempunyai agenda politik tersembunyi.

Beliau berkata, mempertikai secara keterlaluan dan terbuka terhadap sesuatu agenda pembangunan yang sedang dilaksana boleh bawa kecurigaan pelabur.

Selain itu, katanya, ia juga boleh merosakkan reputasi negara dalam menarik sokongan pemodal untuk menjayakan pertumbuhan ekonomi dalam negara.

“Unsur politik di dalam kenyataan dibuat jelas wujud, malah ia juga bawa mesej keterlaluan yang menakutkan rakyat pada projek yang dilaksanakan di Johor.

“Projek dilaksana dalam negara mempunyai pelbagai sasaran dan selagi tidak terganggu keselamatan, maka pembangunan wajar dilaksana,” katanya yang dipetik melalui Sinar Harian.

Sebelum ini, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dilaporkan tersinggung dengan kenyataan Mahathir yang memutar belit fakta berhubung pelaburan China di negeri itu.

Manakala, Mahathir pula melalui surat yang disiar di laman blognya memaklumkan beliau sedia ditangkap dan dibicara dalam menjawab cabaran yang dibuat oleh Sultan Ibrahim berhubung isu pembangunan di negeri tersebut.

Mengulas lanjut, Md Shukri berkata, kritikan-kritikan dibuat pada masa Malaysia sedang bersaing untuk merebut peluang pelaburan adalah satu unsur yang merosakkan daya saing negara.

“Biar sajalah mana-mana tokoh membidas dasar dan projek pembangunan yang sedang dilaksanakan kerana ia sudah kerap kali berlaku sejak dulu lagi.

“Janganlah pengkritik ini sampai dilihat sebagai pensabotaj pula, kritiklah dengan cara membina dan bukan kerana kebencian,” katanya.

Tambah beliau lagi, budak politik professional di Malaysia telah hilang. Manakala pertelingkahan yang dasyat dilihat semakin menular sehingga boleh meragut kestabilan negara ini pada bila-bila masa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *