Mahathir tuduh Mufti-mufti di Malaysia sebagai golongan PEMBODEK..

10/01/2017 – Mahathir tanpa bukti menuduh Perdana Menteri mencuri duit rakyat untuk membiayai ribuan jemaah Haji untuk melakukan Ibadah. Mahathir juga dengan angkuh menuduh para mufti sebagai golongan pembodek kerana tidak bersetuju dengannya.

Apa sudah jadi kepada bekas pemimpin negara yang selama ini disanjung oleh rama rakyat Malaysia? Apakah beliau sudah nyanyuk, atau semakin hilang kewarasannya kerana dimakan usia tua?

Rakyat masih ingat lagi suatu ketika dulu semasa Mahathir berkuasa.., beliau dengan tegas menuduh ulamak-ulamak PAS mempergunakan agama demi meraih kepentingan politik didalam negara. Ketika itu, Mahathir menolak sebarang kenyataan berbaur agama dari pemimpin PAS didalam semua hal.

Malah ketika anak Mahathir sendiri menjadi Pengarah di sebuah syarikat Arak terbesar di Filipina, Mahathir juga enggan melayan sebarang nasihat yang diberikan oleh ulamak-ulamak didalam negara.

Mungkin menurut Mahathir ketika itu, menjadi Pengarah syarikat Arak tak bermakna anak lelaki beliau meminum arak yang diharamkan didalam Islam. Oleh itu, Mahathir membiarkan sahaja anaknya meraih keuntungan daripada syarikat arak tersebut.

Begitu juga perihalnya dengan anak perempuan Mahathir iaitu Marina. Rasanya satu Malaysia sudah sedia maklum yang Marina kini begitu aktif didalam pertubuhan yang memperjuangkan hak wanita di seluruh dunia.

Marina juga merupakan pengasas kepada kumpulan Sisters In Islam (SIS) yang telah diharamkan di negeri Selangor, kerana didakwa berpegang kepada fahaman Liberalisme yang menyeleweng darpada ajaran Islam.

Itu belum lagi dikira tentang kebebasan sosial cucu kepada Mahathir yang kini menetap diluar negara. Tak terfikirkah Mahathir untuk menasihati Mukhriz tentang bagaimana mengajar anak perempuan sendiri? Opss.., Mahathir pun tak tahu juga mengajar anak perempuannya sebelum ini.

Dengan semua salah laku serta kepincangan agama yang berlaku didalam keluarga Mahathir, cubalah bayangkan betapa tak sedar diri dan juga tidak tahu malunya seorang lelaki tua yang bernama Mahathir. Dia sibuk menunding jari kepada Mufti-mufti negeri sedangkan dia sendiri yang jahil murakkab!

Inilah jadinya bila seorang jahil mahu menegur orang yang lebih alim daripadanya. Mungkin disebabkan penyokong yang ramai sebelum ini didalam kerajaan, menjadikan Mahathir sangat bongkak dan sombong.

Semoha Tuhan mengampuni dosa-dosanya yang terlampau taksub berpolitik hingga mempersendakan agama dan juga ibadah manusia lain. Dan diharap Mahathir akan mampu bertaubat sebelum jasadnya menjadi makanan cacing didalam tanah! – Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *