Mahfuz cuba gula-gulakan MCA dengan buah limau.

26/01/17: Lepas buat hal…. Buat kecoh sana sini… Mengkhianati parti sendiri dan menghentam ahli-ahli parti…. Melukakan hati rakyat Kedah dan macam-macam lagi. Kini slumber je Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar cuba nak gula-gulakan semula rakyat Kedah.

Petang semalam, Mahfuz dilihat hadir dalam satu aktiviti riadah Zumba geng-geng masyarakat Cina yang diadakan di Taman Jubli Emas, Alor Setar. Turut hadir beberapa peserta dari kalangan masyarakat Melayu.

Apa yang menariknya, dengar khabar angin katanya geng-geng Cina Zumba tu ada diantara mereka adalah ahli MCA. Jadi kehadiran Mahfuz disitu menimbulkan tanda tanya! Bukan tu je Mahfuz siap beri sumbangan buah limau lagi kat dorang.

Perhhhhh… Mahfuz ni cuba nak berbuat baik dengan geng MCA ke?? Atau sebenarnya dia nak ambil hati dan cuba gula-gulakan mereka dengan buah limau? Kebetulan geng Zumba tu pulak pakai baju berwarna hijau… Haaaa macam kena sangat la dengan Pas, haha!

Selepas Mahfuz berdiri satu pentas dalam ceramah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)… Kini Mahfuz cuba mendekati geng Cina MCA pulak. Mungkin ini satu cubaan untuk meraih sokongan mereka.

Mahfuz cuba berbuat baik dengan rakyat Kedah dan MCA setelah mengkhianati mereka apabila bersubahat dengan DAP. Pandai betul Mahfuz ni perbodohkan rakyat. -TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *