Mahfuz Marah Kerana PAS Tak Hantar Wakil Ke Pelancaran Bersatu

16/1/2017- Gara-gara tidak menghantar wakil ke majlis perasmian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Stadium Malawati pada Sabtu lalu, bekas Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mengkritik tindakan partinya.

Mahfuz menyifatkan tindakan partinya itu seolah-olah memberi gambaran enggan menjalinkan kerjasama bersama gabungan pembangkang seperti diinginkan rakyat.

Beliau berkata, tidak wajar PAS tidak menghantar wakil mereka pada majlis pelancaran tersebut kerana masyarakat akan melihat seolah-olah PAS mahu memencilkan diri daripada satu kelompok ‘grand coalition’ dalam kalangan parti pembangkang yang ada.

“Tidak menghantar wakil kepimpinan tertinggi parti adalah langkah yang silap. Saya tidak tahu ketidaksediaan Pas untuk menjalin apa-apa kerjasama Pakatan Harapan atau dengan Bersatu,” katanya yang dipetik melalui Sinar Harian.

Difahamkan, Mahfuz satu-satunya pemimpin PAS yang hadir. Meskipun Bersatu dikatakan sudah menyediakan beberapa kerusi untuk pemimpin PAS.

Mahfuz berkata, kehadirannya kerana mendapat jemputan daripada pihak Bersatu.

“Namun, saya tidak maklumkan kehadiran saya kepada kepimpinan Pas dan tindakan saya adalah atas kapasiti peribadi,” katanya.

Bagi beliau, tidak menjadi kesalahan untuknya menghadiri apa juga program anjuran Pakatan Harapan kerana berasakan kehadiran itu atas kepasiti rakyat Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *