Majikan ‘diharamkan’ ganggu pekerja selepas tamat waktu pejabat..

Semua majikan di Perancis telah diperintahkan supaya menyiapkan jaminan tidak mengganggu pekerja mereka selepas waktu pejabat bermula 1 Januari, sebagai usaha negara itu menangani masalah terikat dengan tugas selepas waktu pejabat.

Memetik laporan BBC, undang-undang yang mula diperkenalkan ini memerintahkan syarikat yang mempunyai lebih 50 pekerja tidak menggangu pekerja dengan panggilan atau e-mel selepas waktu pejabat atau waktu cuti.

Ketika mula hendak diperkenalkan kira-kira Mei lalu, beberapa pihak mendakwa pekerja diwajibkan untuk menjawab e-mel syarikat diluar waktu pejabat namun para pekerja mendakwa mereka tidak dibayar dengan sewajarnya untuk kerja lebih masa yang menyebabkan tekanan, kepenatan, masalah tidur dan masalah hubungan di luar pejabat.

Undang-undang tersebut juga merupakan satu-satunya undang-undang baharu yang mendapat sambutan hangat tanpa protes ketika mula diperkenalkan.

Beberapa syarikat besar seperti Volkswagen dan Daimler dari Jerman dan syarikat kuasa nuklear terkenal, Areva serta syarikat insurans Axa di Perancis sudahpun mengambil langkah membataskan panggilan telefon atau pesanan ringkas selepas waktu kerja bagi mengelakkan kelesuan pekerja mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *