Mampukah Ezam jadi ‘usahawan kotak’ yang berjaya?

Dari UMNO pindah ke PKR. Dari PKR pindah ke Gerak. Dari Gerak pindah ke UMNO semula. Dari UMNO pindah ke Bersatu. Dan sekarang ke Hisbah pula. Demikianlah perjalanan hidup politik Ezam Mohd Nor. Berpindah randah. Lebih kurang Ibrahim Ali juga.

Kemana hala tuju si Ezam Mohd Nor ini? Dari UMNO masuk PKR kerana membela Anwar Ibrahim. Kemudian keluar PKR tubuhkan Gerak kerana kunun nak membenteras entah apa ke bendanya. Dan kemudian menunjukkan sikap mesra UMN, dan hasilnya diangkat jadi senator.

Kemudian tak jadi juga dengan jawatan senator, tak taulah kenapa, mungkin senator tunggul kayu. Kemudian menyertai Bersatu mungkin kerana merasakan sesuai dengan karenah Dr Mahathir. Tapi tak lama, keluar juga.

Dan terkini menubuhkan pula Hisbah, kunun nak memperjuangkan keadilan, bagi Felda dan lain-lain, yang telah rosak teruk.

Berjayakah Hisbah Ezam ini? Rasanya akan menerima nasib yang sama dengan kotak-kotak Ezam. Sebab Geraknya dulupun terkubur, dan Hisbahpun lebih kurang Gerak juga, tak akan diperdulikan orang.

Percayalah bahawa Ezam akan bercakap sorang-sorang aja. Melalaklah sorang-sorang. Cuba lihat bagaimana nasib yang dialami oleh Perkasa Ibrahim Ali.. Dah pun macam dah nak terkubur walau disetiap negeri ada cawangannya.

Sebenarnya Ezam sedang membuang masa sahaja. Sebab UMNO, Bersatu dan PKR tidak memenuhi citarasa Ezam, cuma tinggal PAS aja yang Ezam belum cuba masuk. Nak suruh masuk DAP tentulah Ezam tak mahu rasanya..

Apa kata Ezam masuk PAS dan beramal dengan tarbiyah PAS.. Boleh juga Ezam mendengar pesanan-pesanan dari tuan-tuan guru dalam PAS. Jangan masuk PAN nanti sambil menghabiskan beras sudah lah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *