MBPP Tarik Kereta Disebabkan Saman Tertunggak

07/01/2017 – Pada 6 Jan 2017 (JUMAAT) , kereta saya telah ditunda oleh truck MBPP walaupun parking dalam kotak. Pada pukul 5 petang, selepas sedar bahawa kereta telah tiada, kami terus menelefon DEPOH MBPP untuk memeriksa sama ada kereta kami berada disitu atau tidak.

Selepas memberi nombor kenderaan, pegawai bertugas memaklumkan bahawa kereta kami memang berada disitu. Kereta di tunda atas alasan kereta kami mempunyai saman tertunggak. Bila kesana untuk selesaikan tunggakkan, pegawai bernama Cik Lizan memberitahu bahawa kereta hanya boleh diambil pada 9 haribulan(ISNIN) atas alasan semua pegawai atasan telah pulang.

Walaupun saya telah membawa sejumlah wang untuk membayar, namun pegawai bertugas masih tidak dapat membantu kerana untuk mengambil kereta, pihak kami perlu jelaskan tunggakkan dahulu. Ironinya, pegawai bertugas sendiri tidak tahu berapa jumlah yang perlu dibayar.

Saya rasa ditindas kerana kereta ditunda tanpa sebab yang munasabah. Jika ada tunggakan kami mampu bayar dengan segera. Di sebabkan kejadian ini, saya terpaksa menyewa kereta bagi menjalankan aktiviti harian seperti menghantar dan mengambil anak dari tadika, dan urusan kerja yang lain. 

Tindakan MBPP ini menunjukan ketidakcekapan mereka menguruskan tindakan penguatkuasa yang mereka cipta sendiri. Hal ini juga menampakkan yang mereka sangat terdesak untuk mengutip wang rakyat di pulau pinang secara agresif sekali. Bayangkan jika terdapat kecemasan yang memerlukan saya menggunakan kenderaan, pasti akan ada masalah besar.

Sebelum ini, perkara yang sama terjadi pada sahabat baik saya, dan hal yang sama pasti terjadi pada orang lain. Namun, tiada siapa yang mengetengahkan isu ini. Saya harap supaya rakyat pulau pinang lebih berhati-hati. Walaupun anda parking didalam kotak dan berkupon, kereta anda boleh ditarik juga jika ada saman tertunggak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *