Menteri Pertahanan prihatin bantu mangsa kemalangan

PETALING JAYA: Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein membantu seorang penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan.

Menurut seorang individu yang berada di tempat kejadian, mangsa terjatuh daripada motosikalnya dan terbaring di tepi jalan dalam kesakitan.

“Tiba-tiba kami melihat Datuk Seri keluar dari kenderaannya dan menuju ke tempat mangsa kemalangan,” seperti yang dilaporkan oleh The Star.

Kemalangan tersebut melibatkan sebuah motosikal dan basikal di bulatan Sembrong, Johor pada Sabtu.

Hishammuddin berkata, ketika kejadian berlaku beliau dalam perjalanan pulang ke Kluang selepas selesai membuat lawatan kerja di sana.

“Datuk Seri meninggalkan tempat kejadian selepas penunggang motosikal itu memberitahu dia dalam keadaan baik,” tambahnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *