Muhyiddin SAHKAN Anina dipecat dari Ketua Srikandi kerana Skandal Seks.

10/01/2017 – Pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Anina Saadudin tidak dipilih sebagai ketua Srikandi (wanita) parti itu kerana prestasinya yang tidak memenuhi jangkaan, kata presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin. Muhyiddin juga tidak menyangkal pemecatan tersebut disebabkan oleh dakwaan skandal seks yang tersebar sebelum ini.

Beliau juga turut membayangkan, parti tidak gentar jika Anina mengambil sikap drastik mengumumkan keluar parti, namun berharap perkara itu tidak berlaku.

Anina bulan lalu mendakwa dia dilucutkan jawatan sebagai Ketua Wanita BERSATU dan percaya ia mungkin disebabkan dakwaan skandal seks terhadapnya.

Muhyiddin bagaimanapun berkata ia adalah perkara peribadi dan menegaskan bahawa Anina merupakan ahli pengasas penting yang masih dalam majlis tertinggi parti.

“Namun beliau (Anina) adalah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, jawatan itu masih kekal, itu terserah kepada Anina sama ada untuk meneruskan (pegang jawatan Ahli Majlis pimpinan Tertinggi parti) atau sebaliknya.

“Kita harap, walaupun beliau tidak dilantik (Ketua Srikandi), kita harap beliau akan terus kekal (dalam parti),”katanya.

Muhyiddin menjelaskan Anina pada awalnya diberi tugas untuk membentuk sayap wanita parti itu, namun Anina tidak mencapai piawaian untuk terus kekal sebagai Ketua Srikandi.

“Keputusan ini telah dibuat oleh pucuk pimpinan parti. Ini bukan soal peribadi (Anina) tetapi soal berkaitan kepimpinan.

“Apabila kita mulakan dahulu, kita beri ruang untuk beliau (Anina) membantu supaya Srikandi dapat dibentuk.

“Tetapi kita tidak ada memutuskan (untuk menyambung) pelantikan (Anina) secara rasmi jawatan Ketua Srikandi.

“Kita dapati mungkin disebabkan keadaan tertentu, Puan Anina tidak mencapai sasaran yang kita harapkan. Keputusannya, dia tidak lagi dilantik menjadi Ketua Srikandi,”katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *