Muhyiddin yakin pengundi Cina takkan beri satu undi pun kepada Najib.

11/1/2017- Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke China tahun lalu, dengan kejayaan menarik banyak projek pelaburan belum tentu disambut baik oleh masyarakat Cina di Malaysia.

Demikian dinyatakan oleh Presiden Bersatu itu ketika diwawancara oleh akhbar-akhbar Cina tempatan, baru-baru ini.

Menurut Muhyiddin, Najib memang telah membawa balik perjanjian pelaburan bernilani RM144 bilion dari China, namun pengundi Cina tidak semestinya akan memberikan sokongan kuat kepada BN pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) akan datang.

“Saya ada ramai kawan Cina yang memperkatakan isu ini. Mereka semuanya tidak setuju kedatangan syarikat-syarikat China membuat projek di negara kita kerana jika kerajaan beri peluang, usahawan-usahawan tempatan juga berupaya membina Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur dan Bandar Malaysia,” kata Muhyiddin.

Beliau percaya dan yakin bahawa pengundi Cina akan terus memberi sokongan kuat kepada parti pembangkang pada PRU14, walaupun Najib cuba mengadakan hubungan perniagaan dengan China.

Selain masyarakat Cina, bekas timbalan perdana menteri itu turut cuba mendakwa di mana masyarakat Melayu juga tidak senang hati dengan kedatangan syarikat China ke Malaysia kerana boleh dikatakan boleh menjejaskan periuk nasi mereka.

“Jika semua projek diperoleh syarikat-syarikat China, mereka tentu akan mengambil pekerja dan bahan-bahan pembinaan dari China. Ini bermakna rakyat di negara kita tidak akan mendapat sebarang faedah,” katanya.

Disamping itu juga, beliau turut mendakwa bahawa pelaburan bernilai RM144 bilion itu sebenarnya bukan diperoleh oleh negara. Sebaliknya adalah jumlah pinjaman dari China untuk menjelaskan hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *