Mukhriz nak jadi kerajaan, tak mau jadi pembangkang.

Baru masuk beberapa bulan Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir bergelar sebagai pembangkang, kini dia mendakwa tidak mahu lagi menjadi sebahagian daripada pembangkang. Sebaliknya dia mahu terus menjadi kerajaan seperti sebelum ini.

Daripada kenyataan tersebut, jelas menunjukkan bahawa Mukhriz tidak suka untuk menjadi sebahagian daripada Pakatan Harapan. Mungkin keberadaannya bersama pembangkang sekarang ini hanyalah satu keterdesakan yang tak dapat dielakkan.

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu menambah diri tidak mahu terus kekal bersama pembangkang dan tidak mahu menjadi pembangkang. Dalam masa yang sama Mukhriz sempat memperlekehkan kerja pembangkang sebagai satu kerja yang mudah. Yela mana tidak mudahnya kalau kerjanya hanya membangkang je!

Mukhriz menambah dirinya tidak mahu terus selesa bersama pembangkang… Jika diberi peluang untuk menjadi kerajaan kembali maka dia akan meragut peluang tersebut. Kerja-kerja mudah seperti pembangkang bukanlah makanan bagi Mukhriz.

Adakah ini bermakna Mukhriz bakal meninggalkan blok pembangkang?? Bakal meninggalkan parti cap bunga dan kembali kepada kerajaan?? Jika pembangkang menang pada pilihan raya umum akan datang, kemungkinan impian Mukhriz tercapai untuk membina sebuah kerajaan baru tanpa meninggalkan parti cap bunga dan Pakatan Harapan..

Tetapi sebaliknya akan berlaku jika pembangkang terus kalah dan terus memegang tittle sebagai pembangkang. Jika perkara itu berlaku adakah Mukhriz akan mempertimbangkang untuk kembali menagih simpati terhadap puak kerajaan agar menerimanya kembali?

Gomez tahu selama ini Mukhriz hanya mempergunakan pembangkang untuk menjayakan agendanya sahaja. Kerana itu Mukhriz tidak tahan jika terus bersama dengan pembangkang. -TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *