Mukhriz panas hati bapanya dikritik ‘kawan lama’

12/01/2017 – Akibat panas telinga, bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir panas hati dan geram apabila bapaknya, Tun Dr Mahathir Mohamad dikecam dan dikritik hebat. Paling tidak boleh diterima apabila kritikan tersebut dibuat oleh individu yang dipanggil ‘kawan lama’ Mahathir.

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu berkata, kononnya individu yang menghentam Mahathir itu sebenarnya pernah dibantu oleh pemimpin veteran tersebut sehingga berjaya. Bahkan kecaman tersebut juga datang dari sahabat lama ketika Mahathir masih menjadi perdana menteri.

Walaupun Mukhriz dan keluarga sudah lali dengan kecaman yang dibuat terhadap Mahathir… Namun bagai menusuk ke kalbu apabila kecaman kali ini dilakukan sendiri oleh insan yang dipanggil sahabat baik Mahathir. Dorang ni sebenarnya tak boleh terima kritikan dari orang terdekat.

Mukhriz melahirkan rasa geram kerana dirinya mengenai dengan rapat individu tersebut… Namun dia enggan menyebut siapa yang dimaksudkan. Ujar Mukhriz, jika tidak kerana Mahathir pastinya mereka yang mengkritik bapaknya itu tidak akan mampu berjaya sampai ke tahap hari ini.

Amboiii… Buat macam Mahathir tu Tuhan. Apa Mukhriz fikir rezeki dan kejayaan semua ada kat tangan Mahathir ke?? Kalau tak kerana Mahathir orang lain tak akan berjaya ke? Habis Mahathir berjaya tu kerana siapa?? Kalau tidak kerana rezeki yang Tuhan bagi… Kalau nak cakap jangan nak mendongak langit sangat.

Mukhriz sebenarnya suka apabila bapaknya dipuja-puja, disanjung tinggi dan diberi penghormatan. Sebab tu la dorang tak boleh terima jika bapak mereka dikritik dan dihentam.

Mereka rasa puas apabila rakyat menyembah Mahathir, bersalaman cium tangan dan berselfie dengan bapaknya. Mungkin dengan cara tu dorang rasa diri dorang hebat.-TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *