Mukhriz tuduh Pas makan dedak puak Najib.

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir mempersoalkan kenapa Pas begitu beriya-iya mahu memastikan Rang Undang-Undang 355 (RUU355) berlaku. Adakah Pas kini sudah termakan dedak dari puak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, soalnya.

Tambah Mukhriz, untuk memastikan RUU355 mendapat kelulusan di Parlimen maka Pas memerlukan sokongan dan undian daripada pihak UMNO. Tanpa bantuan UMNO maka RUU355 tidak mungkin akan berjaya dilaksanakan.

Pas bukan sahaja memerlukan undi majoriti daripada pihak pembangkang sahaja, malah mereka juga lebih memerlukan undi dari UMNO. Korang pun tahu kan bukan semua ahli Parlimen pembangkang bersetuju untuk meluluskan pindaan tersebut, jadi UMNO sahaja harapan Pas.

Disebabkan itulah Mukhriz teringin sangat nak tengok apa yang bakal berlaku kepada Pas. Adakah Pas akan termakan dengan budi ahli Parlimen UMNO… Atau mungkin akan termakan dengan ‘dedak’ puak Najib, tuduh anak kepada Tun Dr Mahathir Mohamad tersebut.

Bagi Bekas Menteri Besar Kedah itu, dia menganggap Pas menolak kegiatan yang berkaitan dengan korupsi, mengabaikan kebajikan rakyat dan tidak mengendahkan masalah ekonomi negara hanya kerana terlalu mementingkan kejayaan pindaan RUU 355 tersebut.

Maknanya Pas ni macam tak pedulikan hal lain kerana terlalu tumpukan kepada RUU 355. Sebenarnya apa yang Gomez nak tekankan disini adalah Mukhriz takut Pas tukar pendirian dan kembali bekerjasama dengan UMNO setelah mereka mendapat sokongan daripada UMNO terhadap RUU 355.

Mukhriz takut impaknya nanti akan terkesan pada pilihan raya umum akan datang. Jika benar UMNO memberi undi kepada Pas terhadap RUU 355 nanti… Itu tidak bermakna UMNO memberi dedak kepada Pas. UMNO hanya menyokong dan tidak mengharapkan balasan seperti yang sering dilakukan pihak pembangkang.-TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *