Najib mahu Kedah terus dalam genggaman BN.

17/01/2017: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu seluruh pemimpin UMNO Kedah melipat gandakan usaha dan terus memastikan agar Negeri Kedah terus kukuh dan utuh di tangan pemimpin UMNO dan juga Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Perdana Menteri berkata demikian dalam satu pertemuannya bersama kepimpinan Umno Kedah termasuk Adun dan ahli Parlimen di TH Hotel & Convention Centre, Alor Setar, semalam. Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, amanat Perdana Menteri itu sangat penting dan pemimpin UMNO harus bersiap sedia untuk hadapi cabaran yang lebih besar.

Persiapan awal harus dibuat dan semua pringkat harus turun padang… Termasuk turun ke Pusat Daerah Mengundi (PDM), masuk ke cawangan-cawangan dan pastikan untuk perkemas daftar pemilih untuk mendapat pengundi baharu.

Tambah Ahmad Bashah yang juga Pengerusi Umno Kedah, dalam pertemuan tersebut Perdana Menteri yang juga Presiden Umno beberapa kali mengulangi pendiriannya yang mahukan UMNO Kedah meletakkan fokus tertinggi pada pilihan raya terdekat ini.

Siapa yang memperolehi undi terbanyak maha individu tersebutlah yang akan menang… Jadi siapa yang dapat undi terbanyak itulah yang paling penting. Selain itu, Najib turut menekankan isu perpaduan dikalangan pemimpin dalam parti. Menuntut agar kerjasama secara berpasukan diterapkan dalam semua peringkat.

Mempertahankan maruah UMNO dan kerusi yang dimiliki baik di peringkat Dun mahu pun di Parlimen… Bukan itu sahaja UMNO Kedah juga harus mensasarkan penambahan kerusi. Hal ini bagi mempertahankan maruah UMNO dari dicalar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Ahmad Bashah mensasarkan UMNO Kedah mampu memperoleh dua pertiga undi pada pilihan raya umum kelak. Turut hadir pada pertemuan tertutup lebih sejam itu Timbalan Pengerusi Umno Kedah yang juga Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid. –TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *