Nora Danish Tak Dapat Tajaan untuk buat Majlis Akad Nikah??

11/01/2017 Kuala Lumpur – Setelah lama menyulam rasa cinta bersama kekasih Nedim Nazri. Pelakon Nora Danish memberitahu tidak akan membuat majlis kahwin secara besar-besaran untuk meraikan mereka.

Walaupun sudah hampir 8 tahun bergelar ibu tunggal, Nora tidak akan mengadakan sebuah majlis secara mewah dan gah. Malah, Nora hanya akan mengadakan satu majlis sekadar akad nikah di rumah.

Nora juga mendedahkan akan menamatkan status ibu tunggalnya itu dengan kekasih pada tahun ini. Tetapi, beliau tidak dapat memberikan tarikh yang tepat majlis itu akan berlangsung.

“Insya-Allah kami merancang berkahwin pada tahun ini. Cuma, saya tidak mahu memaklumkan tarikhnya kerana bimbang tak jadi nanti. “Siapa yang tidak mahu berkahwin? Sudah sendiri sudah bertahun-tahun mengatakan ingin berkahwin. Kalau semuanya dipermudahkan, saya hanya mahu majlis akad nikah yang diadakan di rumah secara kecil-kecilan dan seringkas mungkin,” kata

Namun begitu, ada pihak mendakwa majlis yang dibuat oleh Nora secara kecil-kecilan ini kerana pasangan ini tidak mendapat tajaan. Selebriti terkenal pastikan akan mendapat tajaan banyak pihak apabila ingin melangsung majlis kahwin.

Sebelum ini, pasangan selebriti Amyra Rosli dan Amar Baharin telah mendapat tajaan secara besar-besaran sepanjang berlangsung majlis perkahwinan mereka. Malah, majlis perkahwinan pasangan ini dikatakan agak mewah dan gah berikutan terdapat banyak pihak yang sudi untuk menaja majlis pasangan ini.

Pasangan ini juga telah menerima tajaan dari kelab peminat mereka untuk menaja sepenuhnya majlis perkahwinan mereka yang ketiga di Singapura. -UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *