PAN Kedah pi tolong orang Kelantan, tapi orang Kedah depa tak mau tolong.

11/01/2017 – Pelik sungguh dengan perangai Parti Amanah Negara (PAN) ni… Bukan apa, depa ni sibuk sangat nak tolong rakyat Kelantan yang menjadi mangsa banjir di negeri tersebut. Tapi rakyat depa sendiri kat Kedah ni langsung depa tak mau tolong.

Sudah lama rakyat Kedah menderita akibat kekurangan bekalan air… Tapi apa yang PAN Kedah buat?? Dok tengok saja ja… Bukannya nak tolong edarkan bekalan air dari rumah ke rumah atau bantu selesaikan masalah air yang kian menghimpit rakyat Kedah.

Sebaliknya PAN Kedah lebih suka membantu rakyat negeri lain… Siap buat pasca banjir ke Kelantan pulak tu. Bukannya tak boleh tolong dan peduli mengenai nasib yang menimpa rakyat Kelantan… Tapi kalau rakyat sendiri terabai tak guna jugak kann… Tapi depa ni boleh pulak sibuk nak bantu rakyat yang berada di bawah pemerintahan parti lain, apa cerita ni??

Selesaikan dulu masalah yang menimpa rakyat Kedah, baru la boleh terhegeh-hegeh pi bantu rakyat negeri lain. Gomez rasa la kan… PAN ni sibuk nak bantu rakyat Kelantan sebab depa nak ambil hati rakyat situ. Yela Kelantan kan diperintah oleh Pas… Jadi inilah peluang PAN untuk merampas pentadbiran negeri itu dari seteru depa tu..

Pasukan bantuan tersebut diketuai oleh Pengerusi Biro Kebajikan PAN Negeri Kedah, Abd Razak Salleh. Juga turut serta adalah Naib Ketua Pemuda PAN,Sdr Rizal,Setiausaha Pemuda PAN, Sdr Aziem,Naib Biro Pilhanraya, Tn Haji Hamid dan 10 orang anggota ahli Amanah yang lain.

Baik sungguh hati depa ni noh… Sanggup pi sampai Kelantan semata-mata demi menyampaikan bantuan. Jauh-jauh pi sebab nak tolong cuci rumah dan kawasan awam yang dicemari kotor akibat banjir… Tapi masalah rakyat Kedah yang dok ada depan mata tak reti pulak depa nak tolong. Siap buat tak nampak pulak tu…., bagusnya!- TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *