PAN salahkan FAM punca #faizsubri gagal berucap dalam bahasa Melayu.

12/01/2017 – Hanya kerana pemenang Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016, Faiz Subri gagal berucap dalam bahasa kebangsaan dalam majlis berprestij itu. Parti Amanah Negara (PAN) terus menyalahkan pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebagai mengabaikan kepentingan pemain dan negara.

Amboii… Tak boleh berucap dalam bahasa kebangsaan pun PAN nak salahkan FAM sampai begitu sekali. Bukannya hancur pun majlis berprestij tu kalau Faiz gagal berucap dalam bahasa ibunda.

Tak runtuh pun stage majlis tu gara-gara Faiz speaking English. Yang PAN nak kecoh sangat ni kenapa? Tahu la bapak Faiz tu orang PAN tapi tak payah la nak over sangat.

Timbalan Pemuda Amanah Nasional, Faiz Fadzil berkata, kemenangan dan kebanggaan penyerang Pulau Pinang itu dilihat terjejas kerana dia terpaksa mengambil masa kira-kira 30 saat untuk mencari teks ucapan dalam bahasa Inggeris melalui telefon bimbitnya.

Seharusnya pihak FAM bersedia lebih awal dan berhubung dengan pihak penganjur bagi mendapatkan seorang penterjemah bagi membolehkan Faiz berucap dalam Bahasa Melayu. Disebabkan itu FAM dituduh kurang peka dan tidak menjaga kepentingan negara. Aduihaii kenapa la PAN ni lembab sangat.

Sedangkan Cristiano Ronaldo pun pernah berucap dalam bahasa Inggeris kerana tiada penterjemah… Apa salahnya kalau Faiz pun belajar untuk berucap dalam bahasa Inggeris? Setidaknya memberi pengalaman baru dan keberanian bagi dirinya kerana berucap dalam bahasa Inggeris dalam majlis berprestij tersebut. Bukan semua orang mampu berucap dalam bahasa Inggeris tau!

Dengan hanya memberi salam sudah cukup untuk menunjukkan bahawa Faiz adalah orang Melayu dan yang paling penting dorang tahu dia Islam kerana memberi salam ‘assalamualaikum’. Paling best ada yang kagum dengannya kerana ucapan salam tersebut. Itu tak cukup lagi ke bagi PAN untuk berbangga?

Nak harumkan nama negara dan berbangga bukan hanya sekadar berucap dalam bahasa Melayu je beb! Personaliti dan tingkah laku kita juga boleh melambangkang negara. Klau perangai macam PAN ni Gomez rasa sesuai sebagai perosak negara je! Sebab semua benda dorang nak hentam. Pasal berucap dalam bahasa Inggeris pun dorang nak bash!

Mat Salleh kat sana rilek jer siap beri sokongan moral lagi tau kat Faiz Subri… Mana tidaknya semua orang mesti gementar apabila diminta untuk berucap dalam majlis yang gah tersebut. Kalau kena berucap dalam bahasa Kebangsaan pun mesti korang gagap punya.

Dah la dok satu pentas dengan Ronaldo, gila tak nervous!! Setidaknya Faiz Subri berjaya harumkan nama negara… Korang yang kritik FAM dan Faiz ni berjaya apa je??-TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *