PANGGILAN DARI 03-78902700 UNTUK KELIRUKAN ORANG RAMAI?



07/01/2017 – Ramai yang menerima pangggilan dari nombor telefon 03-78902700 yang memperkenalkan diri sebagai “CPI (Centre of Policy Initiatives) Call Centre”.

Panggilan tersebut kononnya menjalankan kaji selidik tentang parti politik mana yang mereka akan pilih untuk undi pada pilihanraya akan datang.

Ternyata soalan rahsia siapa kita akan undi pada PRU akan datang sangat sensitif dan boleh mendatangkan reaksi negatif dan marah. Akibatnya memang terbukti bila rakyat menyatakan kemarahan menerima panggilan dan pertanyaan tersebut dengan memaki hamun BN di laman-laman media sosial.

Untuk makluman orang ramai, terdapat hanya satu CPI yang aktif menjalankan kajiselidik di Malaysia pada masa kini dan dipelopori INVOKE. INVOKE ialah NGO yang dikelola oleh Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen dan melalui program I-CPI yang berkempen untuk Barisan Rakyat ( PKR, DAP & PPBM ).

Rata-rata netizen menyalahkan kerajaan Barisan Nasional dan beranggapan yang call centre ini adalah black ops oleh Barisan Nasional. Ternyata ini adalah taktik jahat Rafizi yang memang terkenal sebagai pakar fitnah PKR.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *