PAS akan gunakan Mukhriz untuk tawan negeri Kedah

25/1/2017– Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan bahawa Pas tidak akan ‘memberi muka’ terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Kedah.

Selain itu, beliau berkata, Pas juga akan menggunakan sepenuhnya konflik antara Timbalan Presiden parti Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan UMNO Kedah bagi merampas kembali negeri berkenaan di PRU14 nanti.

“Kedah antara negeri yang kita fokus. Dengan kekuatan jentera parti, mungkin kita akan dapat sokongan daripada pengundi.

“Saya kira konflik antara Barisan Nasional (BN) dan Mukhriz membuka mata untuk memilih Pas,” katanya yang dipetik melalui Sinar Harian.

Baru-baru ini, Mukhriz mengaku berdepan kesukaran menawan kembali Kedah.

Bagaimanapun, Mukhriz cuba menegaskan usaha untuk menawan kembali negeri itu akan diperkukuhkan dan dilipatgandakan meskipun sedar yang Kedah kini berada di tangan Barisan Nasional (BN).

Menurut Mukhriz, antara kesukaran yang terpaksa ditempuhi pihak Bersatu termasuk kesukaran untuk mendapatkan tempat untuk berceramah dan berkempen di negeri itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *