PAS mahu Mahathir ubah sikap angkuh dan berlagak sombong

10/1/2017- Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menyifatkan, sikap Penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menganggap dirinya serba tahu termasuk dalam soal agama dan mempertikaikan golongan mufti, akan menyukarkan pembentukan kerjasama parti pembangkang.

Mohd. Amar berkata, Dr. Mahathir sentiasa merasakan dirinya betul termasuk sanggup melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap golongan ulama, termasuk mufti.

Tambah beliau lagi, disebabkan itu, PAS awal-awal lagi memutuskan tidak akan bekerjasama dengan Dr. Mahathir meskipun Dr. Mahathir merupakan PPBM.

“Kerjasama kalau berlaku sekalipun hanya antara Pas dengan PPBM bukan dengan Dr. Mahathir sebab kita tahu dia tidak boleh bekerjasama. Kita juga sama sekali tidak akan mendengar apa-apa pandangan Dr. Mahathir.” katanya.

Bagi Naib Presiden PAS itu, Dr. Mahathir tidak boleh bekerjasama dengan sesiapa pun. Kalau betul nak kerjasama, beliau meminta bekas perdana menteri itu mengubah sikap.

Sementara itu, mengulas mengenai tindakan Dr. Mahathir melemparkan tuduhan tidak berasas terhadapp mufti berhubung isu haji mabrur, Mohd. Amar hanya menyerahkan kepada rakyat untuk menilai sendiri perangai bekas Presiden UMNO itu.

Dalam masa sama, Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar turut menasihatkan Dr. Mahathir agar kembali ke pangkal jalan.

“Itulah sikap Dr. Mahathir sejak dulu, dia bercakap semua perkara walaupun tidak faham apa pun.

“Bukan hari ini sahaja dia berdepan dengan mufti, dulu pun begitu juga, sebab dia merasakan dirinya setaraf dengan golongan ulama,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *