PAS Tak Hadir Pelancaran Bersatu Bukan Kerana Sayang Pada Najib

18/1/2017- Ketidakhadiran pimpinan parti PAS pada Majlis Pelancaran Parti Bersatu di Stadium Malawati, malam Sabtu lalu bukan kerana ingin bersengkongkol dengan Barisan Nasional (BN) atau sayang kepada Datuk Seri Najib Razak.

Tetapi sebaliknya, kehadiran parti rasis dan cauvinis DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) adalah sebab utama PAS tidak hadir pada pelancaran parti Bersatu.

Iskandar berkata, PAS tidak mempunyai hubungan politik dengan DAP dan PAN, menyebabkan pimpinan sebulat suara mengambil keputusan tidak hadir ke pelancaran parti Bersatu.

Namun Iskandar berkata, pihaknya kecewa apabila pelbagai tuduhan dan dakwaan dilempar kepada PAS kerana isu ‘tidak hadir’ tersebut termasuk mengatakan ia seolah-olah menghina Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad dan parti pembangkang keseluruhannya.

“Kita tidak hadir kerana kebetulan sebahagian kami ada urusan lain. Saya dapat tahu Tun M mengatakan PAS seolah-olah hanya berpura-pura melawan Umno dan nak pecah belahkan undi supaya BN menang,” katanya.

Menurut Iskandar, bekas perdana menteri itu tidak sepatutnya melemparkan dakwaan seperti itu kerana kononnya ahli PAS sudah banyak jadi mangsa ‘kezaliman’ UMNO dan BN.

“Jadi tak betul lah jika katakan PAS tak hadir ke majlis pelancaran kerana nak adakan kerjasama politik dan sebagainya dengan BN. Ketidakhadiran kami hanyalah perkara kecil,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai hubungan kedua-dua parti itu beliau berkata, sehingga hari ini masih ada pertemuan dan hubungan berterusan antara PAS dan Bersatu.

Iskandar berkata, PAS tiada masalah untuk menjemput pemimpin parti Bersatu untuk bersama-sama dalam program anjuran parti mereka.

Sebelum ini, pihaknya pernah menjemput Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam program dianjurkan dan bakal mengadakan program bersama Timbalan Presiden Berssatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam masa terdekat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *