Pekin nafi bercinta dengan wanita halimunan.

24/01/2017 – Gara-gara merahsiakan identiti kekasihnya dari pengetahuan media sosial. Pelakon Pekin Ibrahim telah disifatkan sedang hangat bercinta dengan wanita ‘imiginasi’ oleh netizen.

Pekin pernah mendedahkan sedang hangat menjalinkan hubungan cinta dengan seorang wanita bernama Iman dan wanita itu juga seorang model dari London.

Tetapi, sehingga kini Pekin masih lagi tidak memperkenalkan wajah Iman pada umum menjadi punca netizen merasakan Pekin hanya bercinta dengan wanita ‘imiginasi’.

Bukan sahaja Pekin dikatakan bercinta dengan wanita ‘imiginasi’. Malah, Iman juga didakwa telah terlibat dengan kes menipu ramai lelaki.

Tidak mahu terus dipandang negatif oleh netizen, Pekin telah tampil menafikan segala dakwaan itu. Dia merasakan dakwaan sedang bercinta dengan wanita ‘imiginasi’ itu adalah satu cerita yang kelakar.

“Saya tidak faham kenapa mereka menuduh Iman yang bukan-bukan. Kononnya, Iman pernah menggunakan nama lain seperti Elina, yang juga pernah menipu beberapa aktor lain.

“Kemudian, mereka juga kata kekasih yang saya umumkan di media sebelum ini sekadar imaginasi saya. Kalau begitu, siapa pula Iman yang saya bawa berjumpa dengan ibu? Rasa kelakar pun ada dengan dakwaan pelik sebegini,” ujarnya.

Terdahulu, Pekin pernah menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Uqasha Senrose. Malah,ada dakwaan mengatakan pasangan ini pernah mengikat tali pertunangan.

Disebabkan jodoh tidak berpanjang pasangan ini telah putus di tengah jalan. Selepas itu, Pekin mula dilihat merahsiakan kisah percintaan dari umum. –MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *