Pelanggan Bawa Anjing Dalam Troli di Aeon Big Klang Tersebar

26/01/2017 Selangor – Isu membawa haiwan peliharaan seperti anjing di pasaraya besar memang isu yang sangat sensitif terutamanya di kalangan umat Islam negara ini.

Malah, perbuatan ini sememangnya ditegah sebagaimana papan tanda yang dipamerkan di pasaraya-pasaraya besar. Namun begitu, masih ada individu yang mengambil ringan perkara ini.

Isu sensitif ini juga sering kali menjadi perbincangan hangat antara netizen. Banyak pasaraya-pasaraya besar telah mengalami masalah seperti ini. Walaupun tidak membenarkan membawa haiwan peliharan masih ada pelanggan yang ‘degil’.

Gambar seorang pelanggan membawa anjing menggunakan troli di pasaraya Aeon Big di Klang telah tersebar di media sosial

Menurut gambar yang di muatnaik oleh seorang pengguna facebook, wanita bersama keluarganya telah membawa anjing di dalam sebuah troli.

Lebih teruk anjing yang berada di dalam troli itu telah kencing di atas troli dan air kencingnya telah bertaburan di atas lantai di pasaraya Aeon Big itu.

Bagaimana pun, netizen agak kecewa dengan sikap individu tidak bertanggungjawab seperti ini yang dilihat tidak menghormati agama lain.

“Bodoh, tak setuju perbuatan sebegini. Tak hormat agama lain walaupun saya cina,” ujar pengguna laman sosial.

Susulan kejadian itu, pihak Aeon Big Malaysia masih lagi tidak memberikan sebarang kenyataan tentang perkara ini. – MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *