Pemanasan Global :Kuala Lumpur Akan Hilang Dari Peta Dunia?

19/01/2017 Kuala Lumpur – Isu pemanasan global ini sering dipandang ringan oleh masyarakat, tetapi kesan yang amat buruk akan berlaku jika manusia secara terus-terusan tidak mengambil berat tentang pemanasan global ini.

Jika manusia secara berterusan mahu menggunakan bahan api fosil dan tidak mahu mencari alternatif lain. Perkara ini berkemungkinan akan menyebabkan pemanasan global akan terus mencairkan ais yang berada di kawasan kutub dan puncak gunung.

Menurut laporan, akibat pemasan global ini yang berlaku secara berterusan paras laut akan naik sehingga 216 kaki di mana peta dunia baru akan terbentuk. Disebabkan peningkatan paras laut secara mendadak ini dikatakan banyak negeri atau negara yang akan menjadi pulau-pulau kecil.

Beberapa orang saintis berkata, terdapat lebih dari lima juta bongkah batu ais yang terdapat di Bumi. Bongkah ais ini mengambil masa lebih dariapa 5,000 tahun untuk kesemuanya akan cair.

Kajian juga telah mendapati jika kesemua ais itu mencair, ibu negara Malaysia iaitu Kuala Lumpur berkemungkinan akan turut sama tenggelam dan ini menunjukkan di dalam peta Malaysia, Kuala Lumpur tidak lagi akan wujud?

Bukan itu sahaja, malah beberapa benua asia lain juga akan turut sama mengalami perkara yang sama seperti Kuala Lumpur. Di benua Asia akan mengalami nasib yang sama seperti Kuala Lumpur adalah Ho Chi Minh City, Phnom Penh, Bangkok, Shanghai, Singapura dan Dhaka. –UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *