Pemandu wanita GrabCar kena raba lelaki miang..

KUALA LUMPUR — Seorang pemandu GrabCar didakwa dicabul penumpang sewaktu membawa pelanggan di Jalan Jejawi di Taman Bandaraya, di sini.

Kejadian berlaku pada pukul 11.45 pagi Selasa minggu lalu apabila wanita berusia 20-an menjemput suspek lelaki di Bangsar, lapor Harian Metro.

Mangsa yang diraba peha dan dadanya bagaimanapun menepis tangan bertindak menjauhkan diri dari lelaki itu, kata sumber.

Tidak cukup dengan itu, suspek bertindak menunjukkan gambar kemaluannya serta bercakap lucah.

“Sebaik tiba di destinasi itu lima minit kemudian, suspek menunjukkan gambar kemaluannya kepada mangsa dan mengajaknya untuk melakukan hubungan seks.

“Suspek bertindak mengugut mangsa bahawa dia tidak akan beredar daripada kenderaan itu apabila ajakannya ditolak dan mengajak wanita berkenaan berbual mengenai perkara lucah,” kata sumber seperti dilapor akhbar itu.

Lelaki berkenaan bagaimanapun keluar dari kereta selepas terkejut tangannya ditepis mangsa dan berpura-pura lewat ke tempat kerja.

“Namun, beberapa minit kemudian, suspek menghantar mesej lucah melalui aplikasi Whatapp kepada mangsa,” katanya.

Mangsa yang trauma kemudian membuat laporan di Balai Polis Pantai, di sini untuk tindakan lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *