Pemimpin PAN Beri AMARAN TERAKHIR Pada Ulamak PAS



06/01/2017 – Pengerusi Amanah Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar memberi amaran pada PAS khususnya Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pusatnya, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali dinasihati agar tidak menjadi ‘lebih sudu dari kuah’ apabila mengitar semula modal UMNO dalam meletakkan kesalahan kepada DAP dalam apa juga isu membabitkan Islam dan orang Melayu.

Selain itu, Zulkefly turut melabel PAS sebagai menjadi tukang sorak dan tukang heboh didalam negara kerana masih tidak mampu membentangkan RUU 355 di Parlimen, tetapi sudah berlagak seakan-akan mereka berjaya melaksanakannya.

PAN juga menuduh PAS bersikap talam dua muka di dalam hubungan dengan DAP, apabila masih terus menganggotai kerajaan negeri di Selangor bersama DAP dan mahu terus menjalin kerjasama dengan PKR walaupun parti itu turut menjalinkan hubungan dengan DAP.

Zulkefly juga meminta PAS berhenti mempersoalkan perlantikan setiausaha agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail sebagai penasihat strategi kerajaan Pulau Pinang dan berhenti mendakwa kononnya pemimpin PKR itu akan diperalat DAP bagi menguasai Pakatan Harapan.

Umum mengetahui bahawa PAN didirikan oleh mereka yang punya tiga faktor utama iaitu kecewa, kedudukan dan keras. Untuk tubuh satu wadah hakikatnya mereka tidak punya kekuatan, jauh sekali asas atau dasar.

PAN terhasil apabila DAP mahu melanjutkan agendanya dan mengukuhkan dendamnya akibat diputuskan tahaluf oleh Majlis Syura Ulamak PAS yang menyaksikan kedudukannya di arena politik tergugat, apatah lagi setelah gagal menguasai Pakatan Rakyat.

Setelah kecewa, maka PAN ditubuhkan kononnya menggantikan PAS yang dilabel telah tergelincir dari landasan perjuangan Islam. PAN dikatakan lebih Islam dan moderat, walaupun PAN sebenarnya diambil alih asalnya dari Parti Pekerja berlogo cangkul di mana pengerusi atau pengasasnya seorang India beragama Hindu.

Jadi, di mana dasar atau asas dan Perlembagaan Islam PAN? Malah, ulama seperti Ustaz Ahmad Awang dan Ustaz Abdul Ghani Shamsudin yang mulanya ditonjolkan ketika menyaingi kepimpinan Tuan Guru Abdul Hadi Awang, hari ini langsung tenggelam dari kepimpinan PAN.

Begitu juga penubuhan Pakatan Harapan (PH) gabungan bersama DAP, PKR dan PAN, hakikatnya sekadar merawat kesedihan sendiri dan cuba menunjuk kuat. Sebaliknya, sokongan kepada PAS semakin menunjukkan peningkatan.

Sebenarnya, PAN tidak perlu wujud pun, sepatutnya ahli PAN yang ingkar dan pemimpin mereka yang tewas serta di ‘reject’ oleh PAS harusnya diserap kedalam DAP sama seperti barua-barua melayu yang sedia ada dalam DAP.

Tak perlulah ‘ulamak’ PAN mahu memberi amaran atau arahan kepada PAS kerana cakap-cakap mereka sudah tak lagi diterima pakai oleh rakyat Malaysia, khususnya orang melayu didalam negara.

One thought on “Pemimpin PAN Beri AMARAN TERAKHIR Pada Ulamak PAS

  • January 6, 2017 at 2:45 pm
    Permalink

    Tak perlulah Pan nak mengada-ngada krn rakyat boleh menilai siapa yg benar. Rakyat tak nak parti yg dipimpin oleh org yg pernah tercalar dgn kes khalwat dgn bini org.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *