Pemuda Amanah Anggap Najib Memalukan Malaysia

11/1/2017- Dalam keghairahan rakyat Malaysia menyambut kejayaan Mohd Faiz Subri yang merangkul Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk jaringan gol tercantik sepanjang 2016, sekali gus mengharumkan nama negara.

Namun sebaliknya, PAN pula cuba mengalihkan perhatian rakyat Malaysia apabila mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah mencemarkan nama baik negara di mata dunia.

Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Faiz Fadzil mendakwa kononnya Perdana Menteri Malaysia itu telah meletakkan negara sebagai negara kedua paling korup.

Tidak hanya dengan dakwaan tidak munasabah itu, beliau turut cuba mendakwa Najib juga menyebabkan nilai mata wang ringgit teruk akibat rasuah dan penyelewengan yang dilakukan Najib.

“Kita berbangga dengan Faiz Subri, tetapi kita malu dengan Najib Razak,” katanya.

Mohd Faiz telah mencipta sejarah sebagai pemain Asia pertama dikurniakan anugerah sempena nama legenda bola sepak Hungary, Ferenc Puskas, yang menikmati kejayaan hebat bersama pasukan Real Madrid pada 1950-an dan 60-an serta bersama pasukan kebangsaan negara.

Pemain Liga Super itu mengetepikan dua lagi finalis, Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil dan pemain wanita Venezuela, Daniuska Rodriguez untuk meraih anugerah yang julung kali dimenangi pemain Portugal, Cristiano Ronaldo pada 2009.

Faiz, yang meraih 59.46 peratus undi, mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk pasukannya, keluarga dan peminat yang menyokongnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *