Pemuda PAS Tolak Kerjasama Dengan Mahathir

12/1/2017- Sebagaimana keputusan Naib Presiden PAS, Datuk Mohamad Amar Abdullah menolak bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir, begitu juga Dewan Pemuda PAS Kelantan menolak sebarang kerjasama dengan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu dalam Pilihan Raya Umum ke-14, akan datang.

Ketua Penerangan Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari berkata, Mahathir kini dianggap bukan satu faktor penting dalam politik negara. PAS sendiri sudah buat keputusan tiada sebarang kerjasama dengan DAP dan Parti Amanah Negara.

“Kita di pihak parti sendiri sudah buat keputusan tidak akan ada sebarang kerjasama antara Pas dengan DAP dan Amanah. Bagi kita, Bersatu masih mempunyai peluang untuk kerjasama dengan Pas.

“Kalau kenyataan Tun Mahathir sendiri boleh menyebabkan kerugian kepada Bersatu, mereka boleh buat keputusan sendiri,” katanya yang dipetik melalui Berita Harian.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai kritikan keras Tun Dr. Mahathir terhadap ulama dan mufti tetapi dalam masa yang sama berhasrat untuk bekerjasama dengan PAS.

Selain itu, Ahmad Fadhli turut menyokong kenyataan Mohd Amar bahawa kerjasama dengan PPBM boleh dilakukan, namun menolak jika ia dilakukan bersama Dr. Mahathir.

Mohd Amar berkata sebelum ini PAS tidak pernah mendapatkan nasihat daripada bekas Perdana Menteri itu dan tidak juga mengharapkannya (nasihat) di masa hadapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *