Pemuda UMNO Pulau Pinang Anggap Guan Eng Sangat Rasis



06/01/2017 – Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang, Jasmin Noordin, hari ini mempersoalkan tindakan Lim Guan Eng yang melantik Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow sebagai pengganti bagi jawatan Ketua Menteri dan bukannya Timbalan Ketua Menteri negeri itu.

Beliau juga menganggap Guan Eng rasis kerana menidakkan peluang orang melayu dan India menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Guan Eng sebelum ini mempunyai dua timbalan ketua menteri berbangsa Melayu dan India, tetapi pada akhirnya tetap memilih kaumnya juga untuk menggalas jawatan itu.

Tindakan Guan Eng tersebut dianggap bertentangan dengan kenyataan bapa kepada Guang Eng, Lim Kit Siang, yang sebelum ini menafikan bahawa partinya rasis dan juga mengamalkan sikap pilih kasih didalam pentadbiran parti serta urusan negeri.

Jika benar DAP adalah sebuah parti pelbagai kaum, mengapa mereka tetap melantik Chow Kon Yeow sebagai pengganti Guan Eng? Mengapa DAP tidak lantik pemimpin Melayu atau India untuk menggantikan tempat Guan Eng sebagai ketua menteri?

Tindakan Kit Siang yang mencabar mana-mana pihak untuk buktikan bahawa DAP itu sebuah parti rasis juga disanggah oleh Pemuda UMNO berkenaan, kerana sudah terlalu banyak bukti daripada tindak tanduk dan kenyataan kepimpinan mereka selama ini yang menggambarkan sikap rasis dan cauvinis mereka.

Didalam barisan kepimpinan parti DAP sendiri jelas membuktikan bahawa mereka itu parti yang perkauman, kerana lebih 90 peratus dari ahli jawatankuasa parti tersebut terdiri daripada orang-orang Cina.

Lim Kit Siang sebenarnya tak perlu bersusah payah cuba menafikan DAP sebuah parti rasis dengan mengatakan parti tersebut kononnya merupakan sebuah parti pelbagai kaum. Ia merupakan satu tindakan yang sia-sia dan seolah-olah mahu memperbodohkan rakyat di negara ini kerana semua sudah tahu hakikat yang sebenarnya.

Sikap dan kenyataan kepimpinan DAP yang tidak pernah berubah terhadap bangsa melayu dan Islam menunjukkan parti itu kekal dengan imej parti rasis dan cauvinis sehingga ke hari ini. Rakyat di negara ini tidak buta daripada melihat tindak tanduk dan kenyataan pemimpin DAP yang amat suka mempermainkan sentimen sensitif seperti agama dan kaum selama ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *