Penjawat Awam Atau Bekas Penjawat Awam Dinasihatkan Menjaga Integriti & Akauntabiliti



4/1/2017 – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said menegaskan supaya penjawat awam menjaga integriti dan akauntabiliti.

Jika penjawat awam atau bekas penjawat awam didapati menggunakan kedudukan mereka dengan membuat kenyataan atau berkelakuan yang mendatangkan fitnah.., sekali gus memberi persepsi buruk kepada kerajaan, tindakan tegas bakal diambil.

Menurut menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Awam (kelakuan dan Tatatertib) 1993 memperuntukkan bahawa tiada penyata atau komen dibenarkan untuk menerbitkan atau bercakap tanpa persetujuan daripada menteri atau jabatan yang bertanggungjawab.

“Rasional pelaksanaan peraturan ini adalah bagi mengelakkan salah faham dari sumber yang tidak sah dan untuk mengelakkan salah tafsir berhubung keputusan kerajaan bagi mereka yang masih dalam perkhidmatan,” katanya.

Azalina berkata, bagi mereka yang sudah bersara pula, mereka masih tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) yang memperuntukkan kesalahan berhubung pendedahan yang tidak dibenarkan berkaitan rahsia rasmi.

“Peruntukan mengikut Akta 88 diwujudkan bagi suatu kesalahan jika seseorang mendedahkan maklumat rahsia rasmi yang diperoleh selepas bersara,” katanya.

Oleh itu, semua kakitangan kerajaan perlu mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan untuk memastikan tiada salah faham yang timbul di kalangan orang ramai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *