Penyokong JDT anggap #faizsubri tak layak terima #puskasaward

11/01/2017 – Seorang lelaki yang mengaku sebagai penyokong Kelab Bolasepak Johor Darul Takzim (JDT), memuatnaik satu status di laman sosial Facebook yang mempertikaikan kemenangan Faiz Subri di Anugerah Puskas semalam.

Menurut individu yang menamakan dirinya sebagai ‘Mat e Jamari’ itu, Faiz Subri dikatakan tidak layak menerima kemenangan tersebut kerana berasal dari Kelab bolasepak yang low standart.

“Faiz Subri tidak layak menerimee kemenangan dari puskas kerane die berasal dari kelab bolasepak dan dari negeri yang low standart” ujar individu terbabit didalam laman facebooknya.

Selain itu juga, individu berkenaan menganggap Syafiq Rahim yang merupakan penyerang pasukan JDT, lebih layak untuk menerima anugerah berkenaan berbanding Faiz Subri.

“Safiq rahim patut diberikan kemenangan itu kerane setiap kali perlawanan beliau bijak berdrama untuk mendapatkan sepakan penalti. Ini menunjukkan JDT adelah pusat pembiakan pemain2 yang hebat dan bijak” tulis individu berkenaan lagi.

Semalam seorang individu yang menggunakan nama ‘Hidayah Muslimah’ menerima kecaman hebat berikutan komennya yang menganggap Faiz Subri memakai salib ketika berucap di majlis anugerah Puskas.

Salib yang dimaksudkan tersebut sebenarnya adalah ‘microphone’ yang diletakkan dihadapan Faiz ketika beliau membuat ucapan. – Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *