Perjuangan DAP sangat Mulia dan Jujur dimata Mukhriz.

27/01/2017 – Didalam satu ceramah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) baru-baru ini, bekas Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir telah mengangkat parti DAP sebagai sebuah parti yang mempunyai perjuangan yang sangat jujur.

Kenyataan tersebut mungkin disebabkan bapanya kini sedang cuba berbaik-baik dengan pemimpin-pemimpin tertinggi DAP didalam usaha untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia yang ada sekarang.

Namun bagi Naib Presiden parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan, kenyataan Mukhriz tersebut sangat dangkal dan bertentangan dengan apa yang pernah dilakukan oleh Mahathir dahulu.

Menurut Huan, Mahathir sepanjang 22 tahun pemerintahan beliau di Malaysia dahulu sangat membenci DAP dan juga pembangkang. Malah Mahathir yang bertanggungjawab menanamkan sifat benci rakyat terhadap pemimpin DAP terutamanya Lim Kit Siang.

“Saya agak hairan dengan kenyataan seumpama ini kerana sepanjang pengetahuan saya, sejak bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri, DAP adalah musuh ketat bagi Barisan Nasional. Selama bertahun-tahun Mahathir menanam perasaan benci terhadap DAP namun kini, beliau dan anaknya, Mukhriz sudah kembali “memuliakan” DAP”, kata Huan didalam satu kenyataannya.

Pemimpin kaum cina dari Pulau Pinang itu juga membayangkan bahawa Mukhriz pastinya akan memberikan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Lim Kit Siang sekiranya Mukhriz diangkat sebagai Perdana Menteri seandainya Pakatan berjaya menewaskan BN di PRU14.

“Lebih memeranjatkan saya adalah, jika Mukhriz akhirnya menjadi Perdana Menteri, slot untuk Timbalan Perdana Menteri akan diserahkan kepada DAP dan sudah semestinya, Lim Kit Siang akan menduduki jawatan nombor dua negara ini.., ujar Huan.

Selain itu, Huan juga menempelak Mukhriz dan bapanya yang kini dilihat sangat akrab dengan DAP di Pulau Pinang. Bagi Huan, pemimpin DAP disini hanya tahu merampas aset negeri dan juga mengkhianati amanah yang dipertanggungjawabkan oleh rakyat sahaja.

“Bagi mereka, apa sahaja yang boleh menjana pendapatan bagi pemimpin mereka, meraka akan sapu sehinggakan hampir tiada lagi aset yang boleh dibanggakan oleh rakyat Pulau Pinang..”

“Buktinya sudah ada, lihat sahaja bagaimana Lim Guan Eng kini berhadapan dengan pertuduhan salah guna kuasa. Adakah kita ingin melihat kesemua perkara yang telah berlaku di Pulau Pinang ini terjadi?

Mungkin inilah yang dimuliakan sangat oleh Mukhriz dalam video klip berkenaan. Nampaknya, demi kuasa, Mahathir dan PPBM akan melakukan apa sahaja asalkan mereka mampu berkuasa dan dapat menumbangkan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke 14 nanti..” kata Huan. – Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *