Perompak Durjana larikan duit belanja kahwin..

10/01/2017 – Kuala Lumpur– Niat baik seorang lelaki untuk membina masjid dengan bakal isterinya terpaksa dibatalkan berikutan telah menjadi mangsa perompak.

Seorang peniaga yang dikenali sebagai Rahmat Putra Ali, 28, berputih mata apabila wang yang sepatutnya digunakan untuk menguruskan belanja perkahwinannya sebanyak RM10,000 telah dilarikan dua individu.

Kejadian yang berlaku pada jam 4 pagi itu mula disedari olehnya apabila mendapati dua orang individu telah keluar dari lorinya sambil memegang beg yang disimpan dalam lori.

Rahmat telah menyimpan beg yang berisi wang belanja itu dalam lori di Pasar Borong Selayang. Ketika Rahmat sedang menuju ke pasar untuk membeli barang. Kesempatan itu digunakan dua individu itu untuk melarikan beg itu.

Menurut bakal isterinya, Ida Yenny Baharum Mukhtar, 28. Rahmat sedar begnya telah dicuri dan berusaha untuk mengejar pencuri itu, tetapi usahanya itu telah gagal.

“Dia cuba mengejar mereka, namun gagal. Saya reda wang itu tiada, namun rancangan untuk kami berkahwin dalam masa terdekat terpaksa ditangguhkan dahulu,” katanya.

Pasangan ini telah membuat laporan polis di Daerah Sentul berikutan wang yang telah dicuri sebanyak RM10,000 itu. Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy telah mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian itu. -UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *