PKR mahu bina perkuburan Cina dalam kampung Melayu??

12/01/2017 – Benarkah Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor kini sedang meneliti cadangan projek pembinaan tanah perkuburan Cina di Kampung Bukit Cerakah, Kuala Selangor??… Namun apa yang kesalnya, lokasi projek tersebut disifatkan sebagai tidak sesuai kerana ia berdekatan dengan kediaman dan kampung-kampung masyarakat Melayu.

Cuba korang fikirkan, kenapa PKR nak bina perkuburan Cina berdekatan dengan perkampungan dan kediaman orang Melayu? Kenapa tidak bina kat tempat lain yang lebih strategik? Akibat daripada itu, cadangan projek tersebut menerima bantahan dari 300 penduduk dari lima buah kampung.

Lima buah kampung yang mengadakan bantahan terhadap projek tersebut adalah Kampung Felda Bukit Cherakah, Kampung Bukit Kapar Tambahan, Kampung Bukit Hijau, Kampung Bukit Kerayong dan Bandar Puncak Alam. Wakil penduduk, Melan Ismail berkata mereka sangat kesal apabila pihak pemaju dan pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak memaklumkan projek tersebut kepada penduduk yang majoritinya berbangsa Melayu.

Cadangan projek pembinaan kubur di atas bukit yang terletak di tengah-tengah lima perkampungan yang didiami majoriti penduduk Melayu itu dilihat langsung tidak sesuai. Lebih mengecewakan apabila dorang langsung tidak diberitahu mengenai projek ini oleh pihak berkenaan.

Dorang cuma dapat tahu apabila ternampak beberapa jentolak mula memasuki kawasan kampung untuk membuat jalan ke kawasan projek tersebut. Oleh demikian, Melan dan seluruh penduduk mendesak agar PBT dan pihak berkaitan meneliti dan mengkaji semula cadangan pembinaan tanah perkuburan berkenaan.

Selain itu, Pengerusi Jawatankuasa Perwakilan Penduduk Bandar Puncak Alam, Mohd Razib Mohd Talib berkata jika projek tersebut diteruskan… Mereka risau ia akan menjejaskan ekonomi penduduk setempat selain membantutkan pembangunan di kawasan Puncak Alam.

Yela situ kan kawasan perkampungan orang Melayu… Jika kubur Cina dibina dikawasan majoriti orang Melayu pastinya orang Melayu menolak untuk mendiami atau membeli kediaman di sini. Oleh demikian mereka berharap pihak pihak kerajaan negeri campur tangan dan menyelesaikan isu ini dengan segera.-TiraGomez/Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *