Polis Kelantan Siasat Video Lucah Berkumpulan Pelajar Sekolah di laman Whatsapp

17/01/2017 Kota Bharu – Baru-baru ini, satu video menunjukkan sekumpulan pelajar sekolah sedang melakukan aksi lucah telah tular di applikasi Whatsapp.

Ketua Polis Kelantan Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata, pihaknya akan akan membuka kertas siasatan jika ada pihak yang membuat laporan polis berkaitan penyebaran video berkenaan.

Sehingga kini, pihak polis masih tidak menerima sebarang laporan berkaitan penyebaran video itu. Namun begitu, pihak polis tetap akan menyiasat jika video itu terbuka telah berlaku di negeri ini.

“Setakat ini pihak kami masih belum menerima apa-apa laporan berkaitan penyebaran video itu, namun kami akan menjalankan siasatan jika ia terbukti berlaku di negeri ini.

“Kami akan menyiasat adakah ia berlaku secara rela ataupun ada unsur dan elemen pemerkosaan bawah umur memandangkan kesemua pelaku dilihat lengkap berpakaian sekolah.

“Jika terbukti benar, maka ia akan memberi tamparan hebat kepada imej sekolah serta Jabatan Pelajaran Negeri (JPN),” katanya dalam sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) di sini, hari ini.

Dalam video itu, kelihatan tiga pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan berusia belasan tahun sedang melakukan aksi lucah di dalam semak. Pelbagai komen daripada netizen yang kesal dengan tindakan mereka. – UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *