Ramai Orang Melayu Makan Biskut Sembahyang Cina?

10/01/2017 – Rasanya pasti ramai yang pernah makan dan kenal dengan biskut ini? Biskut ini antara biskut kegemaran kanak-kanak sebabkan lembut dan rasa manis pada bahagian atasnya yang berwarna-warni itu.

Malah biskut itu juga menjadi kegemaran terutamanya orang Melayu. Kebanyakkan biskut ini boleh didapati secara ‘timbang kilo’.

Namun begitu, telah viral di laman sosial mendakwa bahan yang digunakan untuk menghasilkan biskut itu adalah terdiri dari lemak haiwan yang tidak halal untuk di makan.

Menurut seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Lim Popo biskut itu adalah biskut yang sering digunakan kaum cina untuk sembahyang mereka.

Lim menerangkan biskut itu terdapat dua jenis. Biskut yang warnanya nampak putih dan cantik menggunakan minyak sayuran lobak putih. Manakala, biskut yang warnanya agak gelap dan baunya wangi menggunakan lemak haiwan yang tidak halal untuk dimakan.

Biskut ini juga sering digunakan oleh kaum cina bertujuan untuk upacara sembahyang meraka dan selalu dimakan oleh kaum cina yang berpuasa darah. Kaum cina hanya akan makan biskut itu sebagai tanda puasa darah.

Sementara itu, netizen mula bimbang dengan kesahihan kenyataan itu. Sebagai umat Islam setiap barang makanan atau buah yang telah dijadikan sebagai bahan pemujaan adalah tidak baik untuk dijadikan makanan kerana makanan yang dipuja telah menjadi makanan jin kafir dan syaitan. –UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *