Remaja 15 Tahun Dirogol Bergilir-Gilir Dan Kemaluan Disumbat Puntung Rokok



07/01/2017 – Indonesia – Seorang remaja perempuan hidup dalam keadaan ketakutan kerana telah dirogol oleh 8 orang lelaki termasuk rakan sekolahnya sendiri.

Tragedi hitam itu telah menimpa mangsa berusia 15 tahun yang dikenali sebagai Puteri.. Peristiwa hitam itu bermula ketika dia berada di kantin sekolah. Puteri telah diheret oleh 4 orang rakannya ke ruangan kosong salah satu bangunan sekolah tersebut.

Selepas diheret ke satu bangunan kosong yang sunyi, mangsa telah dirogol bergilir-gilir. Malah, kemaluan mangsa juga telah disumbat dengan puntung rokok oleh suspek sehingga menyebabkan beliau mengalami luka terbakar..

Bapa angkat mangsa yang bernama Hamdan, 55, berkata, bahagian kemaluan anak angkatnya itu mempunyai kesan luka terbakar.., dipercayai di bakar menggunakan puntung api rokok.

Mangsa telah di bawa ke hospital berhampiran, keadaan beliau dikatakan stabil setakat ini.. Namun begitu, mangsa masih lagi dalam keadaan trauma dan kerap kali pengsan selepas menangis.

Pihak hospital berkata, Puteri sering kali dilihat dalam keadaan kemurungan. Pandangan matanya hanya ke arah siling bilik.

Sementara itu, pihak polis telah menjalankan siasatan dan berjaya menahan 5 suspek, manakala 3 suspek lagi masih di buru pihak polis. – MissA/UtaraNews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *