Remaja Jual Gambar Payudara Di Wechat untuk cari duit poket..

Makin menjadi-jadi pula kegiatan seks bebas dan juga aktiviti yang melibatkan perkara itu menerusi aplikasi Wechat.

Terbaru, pendedahan di laman Facebook Persatuan Makcik Puaka menunjukkan seorang remaja wanita sanggup menjual badan dengan menawarkan gambar payudaranya yang berharga RM20 untuk 6 keping gambar.

Bukan itu sahaja, terdapat beberapa ‘pakej’ lain seperti gambar yang disertakan wajah dan juga video payudara yang berharga RM50.

Mudahnya mendapatkan duit poket, itu yang dikatakan salah seorang netizen di ruang komen.

Ya benar, meskipun ia bukanlah menjual badannya secara ‘terus’ namun nampaknya golongan sebegini tak kisah mempertontonkan dirinya asalkan mendapat wang.

“Terus bank in tak payah PM, nanti merapu banyak. Tak percaya tak payah bank in. Aku jenis jjuq. okayh,” ujarnya empunya diri yang menawarkan gambar payudaranya menerusi Wechat itu.

Netizen rata-ratanya mengutuk perbuatan remaja itu yang mahukan jalan pintas untuk mendapat duit. Iyalah, bukankah masih banyak cara lain untuk mengumpul duit dan bukannya dengan cara menjual tubuh badan sendiri.

Sambil menyindir, mereka berkata jangan lupa untuk memasukkan sekali GST dan juga kiraan untuk zakat untuk menyucikan harta.

“Woww salah satu peluang business yang menjana pendapatan keluarga. syabas dik!” menurut salah satu komen netizen.

Ada juga yang mencadangkan agar aplikasi Wechat diharamkan di negara ini memandangkan terlalu banyak perkara negatif yang berlaku di situ. Apa pula pendapat anda? Tepuk dada tanyalah selera. – CARI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *