Remaja kini bangga hilang dara seawal 18 tahun

Penerimaan hubungan seks sebelum berkahwin semakin menjadi-jadi di negara kita dan dilihat sebagai satu permasalahan serius dikalangan remaja kini.

Menurut kajian, sebanyak 60% gadis di Malaysia kehilangan dara seawal usia 14 tahun dan sebanyak 24% pernah melakukan hubungan seks dengan 5 kekasih berlainan.

Ini berdasarkan satu soal selidik yang dilakukan kepada 2,800 gadis berusia 18-25 tahun di sebuah universiti tempatan dengan kerjasama YouthSaysdotcom.

Lebih membimbangkan lagi, 6 dari 10 orang gadis di Malaysia seawal usia 18 tahun yang kebanyakannya beragama Islam mengaku telah kehilangan dara.

Kebanyakan remaja mengakui mereka mengenali tentang seks melalui rakan-rakan, filem pornografi serta media sosial.

Selain itu, 74% dari remaja yang pernah berzina tidak memakai kondom sebagai alat pencegahan kehamilan kerana dikatakan “kurang seronok”.

Menurut kajian itu lagi, 30% remaja sentiasa memikirkan seks setiap hari dan merasa sangat bahagia. Selebihnya pula hanya sekadar ingin mencuba dan mengikut kehendak teman lelaki yang dicintai.

Oleh kerana aktiviti tidak bermoral ini semakin menjadi-jadi, kadar kehamilan di kalangan remaja yang belum berkahwin menjadi isu sosial yang amat membimbangkan di negara ini apabila statistik menunjukkan terdapat peningkatan kes pada setiap tahun.

Ibu bapa dan semua pihak perlu segera berkerjasama dalam menangani masalah seks sebelum berkahwin dari terus meningkat. Jom bincangkan idea-idea yang bernas dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara “sifar zina” menjelang tahun 2020 nanti.