Remaja Perempuan Berusia 16 Tahun Hampir Dirogol Kenalan WeChat



07/01/2017 – Miri – Seorang remaja perempuan nyaris menjadi mangsa rogol kenalan lelaki yang baharu dikenalinya selama lima hari daripada aplikasi sosial Wechat, di Kampung Pangkalan Lutong dekat sini.

Dalam kejadian kira-kira 10.30 malam yang lalu, mangsa mendakwa nyaris dirogol kenalan lelakinya itu sebelum sempat di halang oleh abang mangsa.

Suspek lelaki yang berusia 20 tahun itu telah pergi ke rumah mangsa yang baru sahaja berusia 16 tahun. Sebaik sahaja berjumpa mangsa di rumahnya, suspek telah cuba menarik mangsa untuk mengajak melakukan hubungan seks.

Tetapi, mangsa menolak tangan suspek kerana enggan mengikuti kemahuan suspek. Walaupun sudah cuba untuk melepaskan diri, suspek masih lagi terus memaksa dan menarik mangsa ke dalam bilik tidur.

Ketua Polis Miri, ACP Khoo Leng Huat berkata, suspek telah menanggalkan baju mangsa sehingga bogel apabila memasuki bilik.

“Apabila sampai ke bilik, suspek terus menanggalkan baju mangsa sehingga bogel, abang mangsa tiba-tiba masuk ke dalam bilik itu dan ternampak suspek lalu terus menumbuk muka suspek,” katanya

Pergelutan telah berlaku antara mangsa dan suspek. Mangsa telah mengalami kecederaan di belakang badan. Namun begitu, hasil pemeriksaan pihak hospital, mangsa tidak sempat dirogol kerana tiada sebarang koyakan pada selaput daranya.

Suspek telah mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan dan muka akibat dipukul oleh abang mangsa. – MissA/UtaraNews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *