Restoran Sakae Sushi Di Queensbay Bakal Ditutup Kerana Kotor?

11/01/2017 Pulau Pinang – Kebelakangan ini boleh dikatakan restoran atau makanan Jepun mula diminati oleh rakyat Malaysia khususnya di kalangan masyarakat Melayu.

Antara restoran yang menyediakan makanan Jepun mendapat sambutan orang ramai adalah Sakae Sushi. Namun begitu, restoran itu mula menjadi bualan netizen apabila isu restoran itu tidak mendapat status halal.

Sehubungan dengan itu, pihak Sakae Sushi telah mengambil insiatif memohon status halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(Jakim).

Setakat ini, hampir semua outlet Sakea Suhsi telah pun diberikan pensijilan halal oleh Jakim

Namun begitu, tidak habis lagi dengan isu status halal itu, satu lagi outlet Sakae Sushi di Queensbay Penang pula didakwa telah ditutup selama dua minggu kerana kotor akibat pengendalinya yang kotor.

Tidak dapat dipastikan punca kekotoran yang telah dijumpai oleh pihak terbabit sehingga memaksa outlet Sakae Sushi ini ditutup. Berdasarkan kes yang sama sebelum terjadi sebelum ini,restoran atau kedai yang ditutup kerana kotor apabila pihak Jabatan Kesihatan melihat cara penyediaan dan keadaan di bahagian dapur premis itu yang kotor.

Jabatan Kesihatan akan mengarahkan pemilik restoran untuk melakukan kerja pembersihan sekiranya mahu beroperasi semula. –UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *