Rita Rudaini kecewa dituduh ‘Terdesak’ Nak Kahwin

11/01/2017 Kuala Lumpur – Gara-gara menghasilkan satu video untuk dijadikan gurauan dalam sebuah group WhatsApp keluarga. Pelakon popular Rita Rudaini didakwa ‘terdesak’ untuk berkahwin lagi setelah lama bergelar ibu tunggal.

Rita yang agak kecewa dengan individu yang telah menyebarkan video itu sehingga telah tular di laman sosial. Menerusi video yang berdurasi 0.10 minit itu telah menerima komen negatif dari netizen.

Menurut Rita, video itu telah dihasilkan untuk gurauan peribadi yang hanya di hantar dalam kumpulan WhatsApp ahli keluarga seorang artis yang dikenali. Tidak menyangka ada antara ahli keluarga artis terbabit telah memuat naik video itu di laman sosial.

“Sebenarnya, video itu dibuat hanyalah untuk gurauan antara kawan-kawan saja. Saya langsung tidak memaksudkannya dan tak sangka pula ia menjadi tular di laman sosial.

“Saya juga tiada masalah untuk memenuhi impian seseorang untuk bergurau atau menghantar video untuk mereka tetapi mereka perlu peka jika ia membabitkan golongan selebriti.

“Saya kecewa kerana kadang-kadang perlbagai persepsi orang kepada saya yang memegang status begini (ibu tunggal). Ada orang yang boleh terima video ini sebagai bahan lawak dan ada pula yang menghentam saya dengan mendakwa saya sangat terdesak pula,” katanya.

Sementara itu, Rita telah bercerai dengan bekas suaminya, Mohd Aidil Zafuan pada tahun 2013 lalu. Mereka telah dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna. Setelah hampir 5 tahun bergelar ibu tunggal ramai peminat yang tisak sabar untuk melihat Rita mendirikan rumah tangga sekali lagi. –UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *