Setiausaha Agung PKR Kini Jadi ‘Lembu’ Guan Eng


05/01/2017 – Setelah selesainya angkat sumpah Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution Ismail sebagai penasihat strategik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Maka dengan ini secara tidak langsung Saifuddin sah digelar ‘lembu’ kepada Guan Eng. Hidung Saifuddin telah dicucuk dan dipasang tali… Selepas ini Saifuddin harus mengikut segala telunjuk Guan Eng. Tanpa ingkar, ikut segala arahan yang dikeluarkan Guan Eng tanpa sebarang rungutan.

Gelaran ‘penasihat’ hanya pada nama… Tetapi hakikatnya Saifuddin tidak akan menjadi penasihat kepada pemimpin DAP tersebut. Sebaliknya hanya menjadi lembu yang mengikut kemana sahaja bontot Guan Eng pergi. Tak ubah seperti khadamnya, Saifuddin akan menjadi pembela setiap salah laku Setiausaha Agung DAP tersebut.

Segala kesalahan yang dilakukan Guan Eng pastinya akan dilindungi oleh Saifuddin. Jadi tak hairanlah kenapa Guan Eng memilih orang Melayu sebagai penasihat strategik  kepadanya. Kerana bagi Guan Eng, orang Melayu paling senang diperbodohkan.

Tak kan la Guan Eng nak perbodohkan dan mempergunakan bangsa sendiri… Pastinya Guan Eng mahu membela bangsa sendiri. Kerana itu orang Melayu yang dipilih menjadi mangsa dan perlindungan bagi setiap kegiatan salah guna kuasa yang dilakukan Guan Eng.

Korang tak payah bangga la, kononnya Guan Eng tidak pinggirkan orang Melayu… Itu semua hanyalah wayang Guan Eng! Anak Lim Kit Siang tu sengaja pilih orang Melayu sebagai penasihat strategik hanya sekadar mahu mengambil hati. Yela, Guan Eng sekarang terlibat dengan dua pertuduhan rasuah.

Jadi motif dan agenda memilih orang Melayu sebagai penasihat strategik  hanyalah satu cubaan untuk menutup kesalahannya. Tak mahu menampakkan semua jawatan yang ada hanya diberikan kepada bangsa Cina sahaja. Mahu menunjukkan dirinya baik setelah melakukan dua kes rasuah. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *