Shaikh Hussain ulangi cabaran pada parti Bersatu di Pulau Pinang.

Sehingga hari ini Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Pulau Pinang masih belum dapat mengeluarkan senarai nama dan salinan ic ahli umno cawangan Kg Tok Sani, Bagan Lallang yang dikatakan telah menyerahkan borang untuk menyertai PPBM.

Malahan gimik yg dimainkan oleh salah seorang penyelaras ppbm bagan kononnya dia boleh tunjuk borang dan rumah ahli umno tersebut menunjukkan bahawa pobm pulau pinang memang menipu rakyat.

Saya berpendapat mereka terpaksa menipu untuk mengaburi mata rakyat dan menyakinkan pengerusi mereka yakni Tun Mahathir bahawa mereka bekerja dan perlu dibayar segera.

Ini adalah modus operandi mereka sejak mereka dalam umno lagi yg menyebabkan mereka dipecat kerana seringkali menipu.

Saya sekali lagi mencabar ppbm penang untuk senaraikan nama dan salinan ic 200 orang umno cawangan tersebut yang dikatakan berpindah ke ppbm.

Sebagai imbuhan bagi mereka yang bekerja untuk sumber kewangan, saya menawarkan 200 ribu jika ppbm penang dapat memberikan senarai dan salinan ic 200 ahli umno Kg Tok Sani Bagan Lallang yang menyerahkan borang kepada ppbm..

Jika mereka gagal, saya mohon Marzuki Yahya hanya perlu sedekahkan RM200 kepada masjid berdekatan

Saya yakin mereka akan terus menipu rakyat untuk meyakinkan bahawa mereka ada sokongan, tawaran saya sah untuk seminggu dari tarikh ini.. Jika mereka gagal, maka saya nasihatkan mereka tutup kedai dan memaklumkan kepada Bos mereka iaitu Tun Mahathir bahawa rakyat semakin bijak dan penipuan mereka tidak berhasil.

Shaikh Hussain Mydin
Ketua UMNO Bahagian Bagan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *