Sharnaaz ‘diharamkan’ berlakon adegan panas selepas bergelar suami.

16/01/2017 Kuala Lumpur– Pelakon Sharnaaz Ahmad memang seorang pelakon yang cukup hebat dalam menghidupkan apa sahaja watak yang dilakonkan.

Baru-baru ini, Sharnaaz telah membuat satu sidang media mendedahkan bakal mendirikan rumahtangga dengan kekasihnya iaitu Noor Nabila tidak lama lagi. Pasangan ini telah menetapkan tarikh 31 Mac adalah majlis ijab kabul mereka.

Masih belum bergelar suami isteri, tetapi Sharnaaz telah diberi amaran oleh Nabila agak tidak melakonkan ‘adegan panas’ seperti Hollywood jika menerima tawaran lakonan.

“Jangan cari pasal, saya tidak benarkan kalau dia berlakon dalam babak-babak panas seperti dalam filem Hollywood tu. Tapi di Malaysia sekarang ramai sudah pelakon wanita bertudung dan tidak perlu babak panas untuk menimbulkan rasa romantik”

“Banyak sahaja drama yang mendapat perhatian tanpa melakukan adegan seperti itu. Pada saya dia sendiri sudah tahu batas-batas yang perlu dijaga olehnya selepas berkahwin nanti,” katanya.

Sementara itu, beberapa barisan selebriti lain juga dilihat mengambil langkah selamat selepas mendirikan rumahtangga. Beberapa orang pelakon lelaki akan meletakan syarat untuk tidak menerima tawaran berlakon adegan panas.

Antaranya adalah Izzue Islam dan Saharul Redzuan yang mendedahkan tidak akan melakukan adegan bersentuhan dengan pelakon wanita. Permintaan pelakon ini juga telah diterima baik oleh pengarah dan produksi drama dan filem tempatan. MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *