Siti Elizad Terima Jam Tangan RM10,000 Hadiah Ulangtahun Perkahwinan

12/01/2017 Kuala Lumpur – Pelakon Siti Elizad adalah satu nama yang cukup terkenal. Baru-baru ini, Elizad berkongsi cerita menerima jam tangan bernilai RM10,000 daripada suaminya Shamsul Baharin Rahman, 44, sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang kedua, semalam.

Hadiah itu bukan hadiah pertama yang dimiliki Elizad dari suaminya. Tahun lalu juga suaminya telah memberikan jam tangan padanya. Pemilihan jam tangan sebagai hadiah diberikan pada pelakon itu kerana suaminya mengetahui bahawa Elizad adalah penggemar jam tangan.

“Suami memang tahu saya suka jam tangan, jadi sempena ulang tahun kedua perkahwinan ini pun dia hadiahkan jam seperti tahun lalu.

“Berkenaan nilai jam tangan ini saya tak pernah nak ambil tahu pun, malah saya tak pernah meminta daripada suami. Saya percaya hadiah yang diberikan ikhlas daripada hatinya bersempena hari istimewa kami,” katanya.

Malah, bukan sekadar menerima hadiah jam bernilai RM10,000, Elizah juga dedahkan mereka juga berhasrat untuk bercuti di Maldives untuk menyambut ulang tahun kedua ini.

Namun begitu, hasrat itu terpaksa dipendam berikutan Elizad telah terikat dengan penggambaran drama 80 episod berjudul Papa Ricky yang akan ditayangkan tidak lama lagi menggantikan drama Lara Aishah. -UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *