Siti Sarah Akan ‘Ikat’ Anak Untuk Elak Kehilangan Anak Lagi



06/01/2017 – Penyanyi Siti Sarah Raissuddin telah menceritakan detik anak keduanya, Zakira Talita Zahra yang hilang di sebuah pusat membeli belah di Kuala Lumpur.

Sarah juga menceritakan pengalaman beliau melalui detik cemas itu apabila menyedari anaknya itu telah hilang di laman Instagram miliknya. Malah, Sarah juga akui salah dirinya sendiri bila anaknya itu hilang.

Tidak mahu perkara yang sama berulang kembali, Siti Sarah mengambil keputusan untuk ‘mengikat’ anaknya supaya tidak hilang lagi. Siti Sarah akan menggunakan ‘Harness’ untuk dipakaikan pada anaknya.

‘Harness’ adalah tali keselamatan yang dipakaikan kepada anak-anak kecil untuk keselamatan mereka. Tetapi, ada pula netizen yang menyifatkan ibu bapa yang memakaikan anak-anak kecil dengan ‘harness’ ini ibarat melayan anak mereka seperti anjing.

Sedar dirinya akan dikritik oleh netizen kerana mengambil langkah untuk pakaikan anaknya ‘harness’. Siti Sarah tidak mahu ambil pusing setiap kritikan yang dilemparkan netizen. Asalkan perkara ini dapat mengelakkan anaknya daripada hilang.

“Salah ibu ya saya akui, sepatutnya ibu ikat anak ibu. Biarlah apa orang nak cakap. Nak kata ikat kucing ke, ikat …… ke, janji anak ibu tak hilang,” katanya.

Sementara itu, pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Al Yahya sebelum ini pernah dikecam hebat oleh netizen kerana memakaikan anak mereka Lara Alana dengan ‘baby harness’. Netizen merasakan tindakan yang dilakukan Awal dan Scha pada anak mereka seperti anak anjing. – MissA/UtaraNews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *