Skandal Seks Anina dianggap sebagai salah faham dalam Bersatu.

09/01/2017 – Walaupun baru 4 bulan ditubuhkan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia pimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir, boleh lah dianggap sebagai parti yang paling kotor dan menjijikkan didalam Malaysia.

Kalau sebelum ini rakyat menyaksikan bagaimana Presiden Parti berkenaan dihantui dengan skandal seks yang membabitkan isteri orang, yang terbaru skandal terlarang itu juga terpalit kepada Bekas Ketua Srikandi parti berkenaan.

Bagaimanapun, skandal seks yang dihadapi oleh Bekas Ketua Srikandi tersebut dikatakan sebagai isu kecil dan tak membawa kesan besar kepada rakyat Malaysia.

Menurut Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Marzuki Yahaya, isu skandal seks yang didakwa membabitkan pengasas parti berkenaan iaitu Anina Saadudin, tidak akan menjejaskan pengambilan ahli. Ia juga dianggap hanyalah salah faham dikalangan pemimpin tertinggi parti berkenaan.

Tak tahu lah apa masalah yang dihadapi oleh pemimpin-pemimpin berkenaan sehingga sanggup mengenepikan ajaran agama didalam soal kehidupan peribadi. Walaupun semua skandal terlarang tersebut lebih bersifat kepada khabar angin sahaja, tetapi ianya tetap memberi kesan kepada senario politik negara.

Tambahan pula Malaysia dikenali sebagai sebuah negara Islam yang membangun dan disegani oleh kebanyakan negara-negara Islam yang lain, sikap segelintir ahli-ahli politik khususnya pembangkang yang sering menjadikan skandal seks sebagai makanan harian adalah sangat mendukacitakan.

Dahulu rakyat Malaysia sangat kecewa dengan skandal seks songsang yang membelenggu bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia iaitu Anwar Ibrahim. Kini Muhyiddin juga menuruti jejak langkah Anwar didalam skandal yang sama.

Cuma beza diantara Anwar dan Muhyiddin hanyalah, kedudukan ‘lubang’ yang dikatakan terlibat untuk memuaskan nafsu serakah hasutan syaitan tersebut. Muhyiddin juga tidak berada didalam penjara diatas kesalahannya berbanding Anwar yang kini bertemankan jeriji besi.

Rakyat pastinya tertanya-tanya sama ada pemimpin-pemimpin politik yang terlibat dalam persepsi skandal seks itu semua terkesan dengan apa yang berlaku. Mungkin bagi mereka, ianya sekadar asam garam didalam politik, tetapi bagi rakyat, ianya penting kerana melibatkan integriti pemimpin berkenaan.

Jika seseorang pemimpin itu sendiri tidak tahu bagaimana untuk menguruskan nafsu dan juga mengawal kemaluannya dari melakukan perbuatan yang bertentangan dengan agama, bagaimana pula dia boleh dipercayai untuk memikul tanggungjawab menjaga rakyat?- Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *