Taktik Baru Culik Kanak-Kanak Di Sekolah?

13/01/2017 Kuala Lumpur – “Berani sungguh penyangak sekarang. Sampai ke sekolah mencari mangsa,” kata seorang pengguna laman sosial apabila mendapat tahu taktik baharu yang digunakan untuk menculik kanak-kanak.

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Surur Ghazali telah memuat naik gambar dan mendedahkan taktik culik baharu yang telah berlaku di sebuah sekolah mubaligh di ibu negara. Seorang kanak-kanak hampir menjadi mangsa culik apabila seorang lelaki tidak dikenali telah mengaku ayah pada kanak-kanak terbabit.

Kanak-kanak itu bernasib baik apabila lelaki itu ingin membawanya pulang, kanak-kanak itu telah bertindak untuk menangis dan tangisan itu telah menarik perhatian guru sekolah.

Apabila ditanya punca menangis, kanak-kanak itu berkata lelaki yang ingin membawanya pulang ini bukanlah ayahnya.

“Minta semua ibu bapa dan guru berhati-hati sebab semalam ada lelaki yang berbaju belang seperti dalam gambar mengaku ayah kepada anak saya, Mohd Zaim Irfan dan kononnya mahu mengambil anak saya untuk dibawa pulang.

“Bila anak itu menangis dan berkata bahawa itu bukan ayah dia, cikgu terus menghubungi dan bertanyakan pada ibunya sama ada ayahnya datang untuk mengambil anaknya atau tidak,” tulis Surur.

Malah, sekeping gambar lelaki yang didakwa cuba untuk menculik kanak-kanak terbabit juga turut tular di laman sosial. Namun begitu, salah seorang pengguna laman sosial Farah Azira mendedahkan mengenali lelaki ini dan mendakwa lelaki itu kurang suaman.

“Lelaki ini ada tinggal di kawasan rumah saya. Setahu saya dia ini tak betul. Dia sudah berkahwin dan ada anak, tetapi bercerai. Mungkin dia rindu pada anaknya.

“Semalam dia ada minta tolong hantar dia ke Jalan Duta. Dia cakap nak balik Kedah, mungkin nak balik tengok anak dia. Tetapi dia ini memang tak berapa betul, cakap pun seorang-seorang,” katanya. – UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *